selamat malam buat semua..
baru lepas tengok facebook cikgu sekolah dulu..
sihat lagi cikgu tu dan mudah-mudahan sentiasa sihatlah..
Guru wan pernah cakap.. "Guru boleh melahirkan arkitek,doktor dan apa sahaja,tapi profesion lain tidak boleh melahirkan guru.."
senyuman seorang guru yang berhati tabah dan murni
cabaran guru masa kini..
-kalau dulu,ibu bapa lebih percayakan guru daripada anak,tapi kini dah terbalik
-kalau kau rotan anak aku,siap kau!!
Guru diugut kalau sentuh anak mereka walhal memang anak mereka salah
terlampau manjakan anak yang boleh memakan diri sendiri..
Masyarakat sudah tidak hormat pada guru
padahal profesion guru adalah mulia..
cikgulah yang mengajar kita mengenal huruf..
Guru diugut bunuh,guru dirogol,dicabul,guru dihina dan dimaki..
sedangkan merekalah yang membimbing anak bangsa..
Kalau dulu,anak buat hal kat sekolah,memang siaplah anak tu..
dah la kena rotan kat sekolah,kat rumah pon kena lagi,,
tapi sekarang ni,cikgu pulak yang kena kejar dengan parang..sampai demam cikgu tuh..
bila musim exam,cikgu paling takut sebab takut anak murid tak score
itu belum soal exam..
kalau dulu,ibu bapa tak salahkan guru kalau anak mereka dapat rendah dalam exam
sekarang ni kalau anak mereka dapat rendah,guru dipersalahkan..
guru ni bodoh,tak layak mengajar dan tak reti mengajar
ajar anak mereka jadi lagi bodoh..
Jadi,profesion guru kini makin mencabar..
bukan sekadar mengajar tapi terpaksa berhadapan dengan risiko yang melibatkan nyawa..
Semoga semua guru tabah menghadapinya!!
kalau suka like lah! :D



14 sweet comments:
Assalamualaikum
cayalah cikgu!!teruskan perjuangan =)
i mengalami benda ni sekarang.. banyak betul cabaran jadi cikgu sekarang ni =)
mmg berat tgjwb cikgu ni.. fuh! xdpt bygkn cmne sy nk hdpi 3-4 tahun akn dtg..
ape yg wan post ni mmg btol pn..
dgn budak2 yg 'maju' sgt.. pffftttt~
sesetengah guru yang mencalarkan profesion mulia ni pun harus di highlight sebab kerana nila dua tiga titik rosak susu sedunia... adalah lebih baik guna gambar cikgu lain yg lebih bersifat pendidik
wah..wan buat entry asal cikgu la...bagus2~!!
mmg susah jd cikgu skrg~!!huhu
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/02/dilema-boyfriend-lebih-muda.html
nak jadi cikug pun susah...ulang 3x
@THE LEKAT LEKIT STORY tq sebab komen,,by the way,wan dah tukar gmbr lain
Susah jadi cikgu sekarang. Banyak cabaran. :-)
hurm.. mmg profesion guru ni mencabar.. kena byk sabar.. dah la budak2 skrg ni boleh tahan gak perangai masing2 kan.. tapi guru pon kena jadi contoh yg baik utk pelajar.. jgn jadi mcm kes2 sebelum ni.. guru cabul pelajar la.. rogol la.. macam2 lagi la kan.. jenis mcm ni yg wat rosak profesion perguruan.. haha..
p/s: kepada guru2 dan bakal guru.. teruskan perjuangan suci korang.. ;)
@udin
teringin nak jadi guru,tapi bila tgk keadaan sekarang kena fikir dua tiga kali..
dulu-dulu takot kat cikgu...cikgu lalu pun dah kecut perut...tapi budak-budak sekarang dah tak takut dah
rasa nak hentak je cikgu masa dulu...tapi sekarang dah masuk u, terkenang pulak jasa cikgu. kahkahkah...
niat d hati nak jd guru but.....
tp walau apapun , keihklasan mesti ada dalm mnyampaikn ilmu pd ank didik kan?
Post a Comment