PENGUMUMAN

1) KEPUTUSAN PERADUAN ULANGTAHUN KE 4 BLOG PCB TELAH DIUMUMKAN PADA 24 FEBRUARI 2014. TAHNIAH PADA PEMENANG!!


2) NANTIKAN PRODUK TERBARU DI BLOG PCB YANG BAKAL MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA!!

Saturday, April 23, 2011

TIPS BAGI RAMAI PEMBACA KOMEN ENTRI ANDA


Aku sebenarnya tengah pening ni.struggle study subjek killer paper.
biometri dan rekabentuk eksperimen.
hanya budak Biologi dan Sains Makanan yang merasai peritnya subjek ni
ditambah dengan unit dia 4.down!! kasi 2 unit sudah la.


berehat sekejap dari kekusutan nak exam.kita teruskan update blog.
hari ni nak bagi sikit tips bagi orang minat nak baca dan komen entri anda!




1)TAJUK KASI GEMPAK, BIAR SENTAP MENYENTAP

orang kalau dah baca tajuk gempak,mestilah orang lagi semangat nak baca,ni tak, letak tajuk, "saya kasih dan rindu padamu"..sure-sure orang tak baca.. letaklah tajuk macam "Lisa Surihani datang Minang Abang aku" haha..mesti orang nak baca.kalau nak tarik lagi ramai,kena ada unsur seks sikit, macam "Aku sangat gersang di tengah malam" haha..padahal gersang nak makan McD je.


2)INI BLOG,BUKAN KARANGAN EXAM 1000 PATAH PERKATAAN

dah la tak de perenggan.buat ayat macam karangan.pergh,orang sekali tengok pon malas nak baca,apatah lagi nak komen,orang tak de masa lah nak baca entri panjang berjela sampai satu entri 30 jam.Mak aih,biar benor, buat entri simple sudah lah..tak perlu kau nak cerita satu-satu macam kau tulis dalam diari.sure orang tak baca.lagi satu,tulisan tu bagi nampak le sikit,baru orang nak baca,ini kecik macam ikan bilis,sape nak baca.


3)JANGAN MENGADA LETAK CAPTCHA..ANNOYING,TAK MESRA PEMBACA


Pernah tak korang tengah nak komen blog dia,tibe keluar benda ni,argh,tak pasal2 kena isi perkataan tuh,kalau jenis silap type,kena isi lagi.annoying tol la.sori pada yang sentap,tapi please,remove benda nih,pergi kat setting,remove word verification.


4)SELALULAH BLOGWALKING DAN KOMEN BLOG ORANG LAIN

ko nak orang komen blog ko,tapi blog orang lain ko tak nak komen.ko ingat ko diva ke,dah popular ke tak nak blogwalking blog orang.Sedangkan yuyu zulaikha yang dah famous tu pon blogwalking n comment blog orang, korang kenalah wat cam tuh jugak.ok..tiber mood emo! tak delah sekadar tips..


p/s ok lah you all,try these tips.InsyaAllah,dengan izin Tuhan,blog korang akan sentiasa dilawati oleh orang lain.

24 comments :

Shaherah said...

hahaha memang annoying yang ada capcha.. Shera dah isi2 pastu salah.. Isi lagi salah lagi.. Lepas dah isi.. Lepas tu kena tunggu approve pulak.. Sangat annoyong.. dah lar penat isi Capcha.. Kena tunggu komen tu approve lak.. aDOI.. ^_^

eyjalukman said...

mmg annoyed letak captcha tuhh .
klu malas sngt , tros tutup tab . haha
tp lau tibe2 mood rajin u mmg snggup tggu laa . haha

Shaherah said...

hahah kalau komen approval jek xpe.. ni captcha plus approval.. tu yg sush..

cik bAtu said...

stuju !! huhu....tp kdg2 Cb pnah gak trbuat karangan....tmbh2 tyme mnulis dgn spenuh prasaan...hak3

Nur Diyana Mukhtar said...

yg captcha tu memang menganggu! silap2 jadi malas na komen da.. haha

gadis melayu said...

thanks pak cek biola.. huhuhuhu..^_^

senyumSOYA said...

hihi..sabar2..dulu penah buat sbb x reti tukar..hihihi

sabenazakey said...

nice info,.sabena pon x ske word verification tuh,.!

senyumSOYA said...

hihi..sabar2..dulu penah buat sbb x reti tukar..hihihi

.m y z. said...

haha .org malaysia pantang tajuk 18sx je trus klik serta merta :PP

Noor Aqillah Majid =) said...

har har. tx 4 da tips

zacky ~786~ said...

nice one :)

Shafiq said...

Tips yang berguna. :-)

awEEN said...

pak cik biola...tang yg num 2 tu memang saye selalu buat..nak taip skit je tp bile siap entry jadik panjang berjela plak.nmpk sgt sye suke berleter kan =)

wanwani said...

slalu jd silent reader jer.. so xtgl jejak..mgkn tu sbb sy xramai follower..tp xkesah sgt pun...hehe

but...ini 1 tips yg bgz...

whitecappuccino said...

tak suka captcha tapi komen juga kalo memang kawan yg selalu dtg or singgah blog kita

Cheritera Chenta said...

tQ bro...

tips y berguna tuk budak baru belajar cam saya..

xde masa la tuk bw sllu..huhu

Abang Zam said...

lagi 1 aku rasa, kena rplay komen komentari kat entry..baru rasa di hargai

Abang Zam said...

see..aku sentap & aku datang balik..hahaha

berani kan aku? hahaha!

dean said...

agk2..pakcik biola nih
tegar cmnt kt blog orang lain kew?

Cik Cempaka said...

100% agree with u bro..

Pokok Manggis Depan Rumah said...

bagus tips ni..
saya setuju..
Pokok Manggis Depan Rumah

Sharidawati Shahrudin said...

maceh sbb kasik kak sha tips.... hmmmmm semua pun tips yg betul !!!

Erna EER said...

best ! mesti ikot. hahaha