untuk menjadi seorang blogger yang hebat,
kita perlu menjadi "jack of all trades"
iaitu tahu serba sedikit setiap sesuatu perkara
hari ini aku nak bagi idea untuk sesiapa sahaja
yang punya rumah tapi terfikir untuk ubahsuai mengikut gaya apa.
banyak gaya sekarang ni yang boleh ditiru.
gaya Inggers Moden ,Gaya Inggeris klasik,Gaya zen dan Manimalis
tapi hari ni aku nak tunjuk idea tentang 3 Gaya hiasan dalaman rumah
iaitu Kontemporari,Global,Tradisional dan Kasual
Kontemporari
Kemas, Menonjol, Menyerlah, Berdimensi
Anda sentiasa mendahului, mendorong dan tidak takut
kepada sebarang kemungkinan apabila berhadapan dengan stail.
Garis-garis kemas dan ringkas sofa kulit anda digabungkan dengan warna-warna garang bantal balingnya.
Corak hiasan anda yang progresif meraikan keperibadian
dan pastinya tetamu anda akan bercerita seluruh pekan.
Global
Rimbun, Eksotik, Kaya, Dunia Terdahulu
Hiasan global anda membawa keseronokan dan misteri dari tanah asing.
Anda memenuhkan ruang sekeliling dengan elemen-elemen eksotik
yang diperolehi dari seluruh dunia - dari bangku logam berukir mistikal
sehingga kepada kusyen mewah dari sutera asli, ada saja adventure di setiap bilik.
Tradisional
Elegan, Halus, Klasik, Kustom
Stail hiasan tradisional memang tidak akan ditelan zaman.
Dari meja antik sehinggalah rug oriental, dalaman rumah anda
berinspirasikan kecantikan masa lampau.
Samada untuk makan malam yang istimewa ataupun majlis minum petang,
anda memang sentiasa bersedia untuk mengeluarkan pinggan mangkuk china
warisan dari nenda.
Kasual
Santai, Mesra, Selesa
Selesa dan menambat hati.
Kediaman anda adalah syurga, habitat yang menyenangkan
berbanding kesibukan dunia di luar sana.
Tidak ada yang lebih baik dari satu malam yang santai
bersama rakan-rakan di atas sofa empuk,
kaki di atas meja sambil menonton TV dan minum kopi.
kredit :Seni Hias













11 comments :
salam.
alamak. terasa. sebab ada entry tulis tak tahu macam mana nak kemas blog, mana nak letak sofa.
http://secukuprasasebuahcerita.blogspot.com/2011/04/segan-kot.html
@.........cP~
ye ke..sori.entri ni tak de niat nask kutuk sape2
rumah akak gaya caca marba hehe
aku nnti kalau dah ada
rumah sendiri..
x nk yg tradisional tu..
mcm berhatu je..haha
nk yg first hihi
@whitecappuccino
gaya jugak tuh.huhu
@Far8 budak baik
haha.berhantu ke?x de lah
suke tradisional tu..~ sbb wrna coklat.. i like it :)
@zacky ~786~
feveret color coklat ke..hehe
Kombinasi warna yang sangat harmoni dan menarik..
Kapalterbang bateri
salam.
bukan terasa kena kutuk. rasa diberi tunjuk ajar..
hehe..apik suke hiasan moden dalam rumah,,nampak canggih jer..hehe
Post a Comment