PENGUMUMAN

1) KEPUTUSAN PERADUAN ULANGTAHUN KE 4 BLOG PCB TELAH DIUMUMKAN PADA 24 FEBRUARI 2014. TAHNIAH PADA PEMENANG!!


2) NANTIKAN PRODUK TERBARU DI BLOG PCB YANG BAKAL MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA!!

Saturday, May 21, 2011

TIPS UNTUK AJAR KANAK-KANAK MAKAN SAYUR


Secara realitinya,sayur adalah antara makanan yang paling tidak digemari oleh kanak-kanak. Mungkin rasanya pahit dan mungkin warnanya yang tidak menarik perhatian berbanding makanan lain. Biasalah,sayur kebanyakannya berwarna hijau dan jarang sekali yang berwarna merah atau kuning atau lain-lain warna. 

Agak sukar bagi mereka yang sudah mempunyai anak untuk menarik perhatian anak mereka untuk makan sayur.Entri ini sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil,atau bayi yang baru lahir atau mereka yang bakal mendirikan rumahtangga.Gunalah ia sebagai ilmu dalam berumahtangga.

Di sini adalah antara tips untuk mengajar anak makan sayur

1) gunakan pendekatan kartun sebagai menarik minat anak


sebagai contohnya,kita lihat kartun Popeye, apabila dia makan bayam,dia akan jadi kuat =).
Kita boleh guna pendekatan itu untuk ajar anak lelaki makan sayur. Cakap dengan lembut dengan mereka,kalau mereka nak jadi kuat macam Popeye,mereka kena makan sayur.

untuk anak perempuan,kita boleh gunakan Snow White sebagai contoh.walau dalam kartun Snow White tidak menerangkan faktor kenapa dia cantik, tapi kita boleh katakan yang Snow White cantik kerana mereka makan sayur.Sudah tentu anak perempuan lebih tertarik untuk makan sayur.Mudah bukan!

2) cara penyediaan makanan(sayur) mestilah menarik perhatian

 menarik bukan untuk kanak-kanak

 sayuran bentuk hello kitty

gunalah cara yang kreatif.kita tak boleh samakan cara penyediaan makanan kanak-kanak dengan orang dewasa.Kita yang sudah besar ni,apa yang orang hidang,itulah yang kita makan. Tapi,kanak-kanak memilih untuk makan.Kalau ada daging dan sayur,mereka akan lebih suka mengambil daging.Jadi cara penyediaan yang kreatif perlu diambil berat.
 

3)ibu bapa sendiri perlu menunjukkan minat makan sayur

 makan bersama anak.

ini yang paling penting sebenarnya.Kalau ibu bapa sendiri tak makan sayur,bagaimana mahu anak untuk makan sayur." Mana tumpahnya kuah,kalau tak ke nasi." Waktu makan,ibu bapa sediakan makanan yang mempunyai sayuran lebih banyak daripada yang berdaging. Ibu bapa perlu tunjuk minat makan sayur dan bila makan sayur,cakaplah pujian terhadap sayur tu macam..

"Sedapnya sayur ni.lagi lazat dari daging ayam.."

"Papa suka makan sayur sebab papa boleh jadi kuat.."

"Mama suka makan sayur sebab sedap sangat.Boleh cantik macam Cinderella.."

sudah pasti kanak-kanak akan cepat tertarik untuk makan sayur.secara tidak langsung,kita dah pupuk minat mereka untuk makan sayur.


SEMUA TIPS DI ATAS ADALAH HASIL FIKIRAN SAYA SENDIRI KURNIAAN ALLAH SWT.SAYA SEKADAR BERKONGSI BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA.MOHON MAAF SEKIRANYA TIPS ITU SAMA SEPERTI SEBELUM INI. SELAMAT MENCUBA!

44 comments :

IQBAL ZARIN said...

ajarlah budak2 makan ulam lepas ni. petai especially. haha

Amirah Adnan said...

kakak budak pon geram tgk sayur yg kiut miut tuh! hello kitty siap!

waN Mohd Salim said...

ajar ps makan ikan leh x ?

AZRUL AZMI said...

terbaik.... heheheh...

mia.lia said...

sy kcik2 dah suke sayur ! haha
kluarge smua suke sayur.. kecik2 da makan ulam.. haha

tp smpai skarang xsuke sayur sawi yg jenis phit sket uh.. keh2.. nak biasakan bdak2 mkn sayur cer syur yang lmbut2 mcm kentang@ karot

Rozuan Ismail said...

@IQBAL ZARIN yang tu kita fikirkan lah ye cam ner.

Rozuan Ismail said...

@Amirah Adnan haha.mesti terliur bukan =)

Rozuan Ismail said...

@waN Mohd Salim makan ikan?tak kan ps tak reti makan ikan =)

Rozuan Ismail said...

@AZRUL AZMI TQ azrul =) sama2 kongsi k

Rozuan Ismail said...

@mia.lia TQ for sharing =)insyaAllah smaa-sama kita kongsi =). thanks pasal info pasal sayur yg lembut tu

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ said...

nk suruh diri sendiri suke sayur lak cner?? huhu

Rozuan Ismail said...

@♥CiK DuYuNG [Ca]♥ dah besar tak reti makan sayur,boleh pukul lah!haha

Mah@mahu said...

Memang suka makan sayur dari kecil lagi tak tinggal setiap menu mesti ada sayur hehehe.. tak tahu knp org tak suka syurkan..

eyjalukman said...

wahh,bagus nihh .
eyja dulu tk suka mkn syur,tp sbb masuk hostel , tros mkn je haha;D
adik eyja mmg tk minat syur,pujuk lerr mcm2 mmg tk layan . hihi;D
thanks ;)

Rozuan Ismail said...

@Mah@mahu wah! semua blogger jenis makan nasi =)

Rozuan Ismail said...

@eyjalukman kena pujuk cara elok baru makan kot =)

senyumSOYA said...

dulu nanges2 x mou makan sayur.. siap kena marah lagi..
then masok tingkatan satu automatik suka sayur.. skng kalau x da sayur sehari mmg x lengkap hari2~

Rozuan Ismail said...

@senyumSOYA haha.siap nangis ke.malunya.huhu

cucu umie said...

seriously ayie bukan seorang yg suka makan sayur..kuikui wlopon umi setiap hari masak sayur,,,kalau rajin baru makan sayur..(boleh ker mcm tu ea)

Rozuan Ismail said...

@cucu umie dia ada time rajin n malas ke?huhu

Aimifiqa said...

kalo org besar mcm sy ni nak dekatkan cne? hehe. x brape dgn sayur ni.

hawiz said...

huhuh...hawiz pon xmkn sayur gak..hihi

Rozuan Ismail said...

@Aimifiqa vyang besar ni,kita pukul je lah,dah tak tahu nak wat apa.huhu

Rozuan Ismail said...

@hawiz x makan sayur?huhuerm.entahlah.

miss.Addin said...

nice sharing :)

sy memang jenis tak mkn sayur dr kecik ! HIHI

sampai la skrg, certain sayur je yg mkn. tapi sayur ni mmg bnyk khasiat . amalkan makan sayur ye :)

Rozuan Ismail said...

@miss.Addin mesti suka makan sayur yang colr selain hijau kan?

Abang Zam said...

aku suka dekorasi makanan yang cantik..baru aku makan

Rozuan Ismail said...

@Abang Zam demand lah abg zam ni. mcm budak2 =)

..gugu.. said...

alolorhh syg nk mkn lau hias cumil2 gitu..

tp lau kte lah kan,hiaslah cantek mana pon,tetap tak mkn sayur.

heeeeee~

░♥si lampu neon♥░ said...

menarik..tapi takpe, aku mmg suke makan sayurrr =P

SofieyAzwa said...

Dah 21 tahun tetap tak makan sayur.. kena tengok Popeye banyak2 nie. ;)

Rozuan Ismail said...

@..gugu.. besar pon degil =) tak nak makan sayur =).huhu

Rozuan Ismail said...

@░♥si lampu neon♥░ amalkan makan sayur =)

Rozuan Ismail said...

@SofieyAzwa tgk popeye tuh byk2.baru teringin nak makan =)

whitecappuccino said...

dulu akak bagitau kat anak yg bongsu, kalau nak cantik mcm siti Nurhaliza, kena makan sayur..dia makan la masa tu. skrg dah besar semua sayur dia tolak tepi :)

Rozuan Ismail said...

@whitecappuccino haha.waktu besar plak buat perangai =)no komenlah

Nour Akmal said...

dlu pun KIC ssh nak mkn syur..sekarang ulam2 semua KIC bedal..kne slow2..

Rozuan Ismail said...

@Nour Akmal dah besar ni pantang nampak,semua bedal =)

Mama Kembar 3 said...

nak kena kreatif ni, nak susun sayur cun melecun cam hello kitty tu hehehe

Rozuan Ismail said...

@Mama Kembar 3 bagi kembar tu minat makan sayur =)

zacky ~786~ said...

btol tu.. sokong sgt2.. ada org tak mkn sayur dari kcik.. bkn xleh mkn.. tp ngengada xnk mkn.. : P

Rozuan Ismail said...

@zacky ~786~ erk.mengada x nak makan?memang susahla nk makan sayur.pahit!huhu

darla carolina said...

budak sekarang ni otak lagi pick up dari budak dulu-dulu . dorang sendri gak pandai" wat fikiran yg sayur tu ta sedap .

ROJAK said...

tambah tips yang keempat:
ibu dan ayah masing2 hendaklah berbadan solid dan mantap supaya anak2 lebih bersemangat nak makan sayur.