PENGUMUMAN

1) KEPUTUSAN PERADUAN ULANGTAHUN KE 4 BLOG PCB TELAH DIUMUMKAN PADA 24 FEBRUARI 2014. TAHNIAH PADA PEMENANG!!


2) NANTIKAN PRODUK TERBARU DI BLOG PCB YANG BAKAL MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA!!

Sunday, January 29, 2012

KEPUTUSAN ANUGERAH JUARA LAGU KE 26




Lagu Awan Nano oleh Hafiz telah menjadi juara Anugerah Juara Lagu ke 26 . Tahniah diucapkan buat hafiz di atas kejayaannya. Selain itu juga, Hafiz merangkul anugerah vokal terbaik.





Di bawah ini adalah keputusan penuh Anugerah Juara Lagu ke 26

Juara : Awan Nano ( Hafiz )
Naib Juara : Beribu Sesalan ( Jac, Shila, Ning )
Ketiga : Karma ( Faizal Tahir )
Vokal Terbaik : Awan nano ( Hafiz )
Persembahan Terbaik : Kisah Hati (Alyah)


Tahniah diucapkan pada semua finalis yang menyertai Anugerah Juara lagu ke 26. Kat sini PCB ada beberapa isu untuk diketengahkan mengenai AJL kali ke 26 ini.


1) Blue carpet.

Bagi PCB, sepatutnya red carpet.. tak kiralah anda tema apa, satu dunia gunakan red carpet. bukan pink carpet, white carpet atau pape warna lain.. mungkin mereka ingin timbulkan idea baru,tapi bagi wan better stick to red carpet.


2) Tema air

Pada mulanya PCB rasa tema air sangat kreatif sebab lain daripada yang lain. bila PCB tengok teaser setiap artis yang bertanding dengan menggunakan elemen air, PCB rasa pasti ada something special malam AJL. tapi, sedikit hampa. Entah di mana elemen air. Elemen lampu, belon ada lah.


3) Suasana agak hambar

Tak tahu di mana silapnya bila opening performance pon dah tak best.itu first impression penonton taw. sangat tak best compared masa AJL satu tahun tu masa opening performance oleh Dato' Siti dengan Lan.. sangat vogue. Seriously PCB cakap, tanpa Dato' Siti tak lengkap satu anugerah.


notakakiPCB : AJL 26 agak tak best. tapi puas hati dengan keputusan!!



7 comments :

hawiz said...

ok la...huhu

~ariFFin~ said...

Dato' siti masih terbaik..walaupun x bertanding..anyway..Awan nano mmg patut dapat tempat ini

Ezad Skytech said...

hafiz memang layak menang AJL kali ni....:D

Anak Ulu Cheka said...

tahniah si kaki ayam :)

whitecappuccino said...

suka lagu awan nano

Joe_Hans said...

Tapi saya cam Suker ALyah! Kisah Hati! wuuuuu best giler!

hatiputera said...

sempoi jer hafiz malam tadi,,,memang patut dia menang pun...