Saturday, February 25, 2012

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN ANA RAFFALI DAN AHMAD AZNAIM



Ana Raffali dan Ahmad Aznaim sah menjadi suami isteri dalam satu majlis akad nikah dan perkahwinan mereka di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor. Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Ana Raffali tepat jam 11.50 pagi tadi. Penyanyi yang popular dengan lagu "Tolong Ingatkan Aku" ini akhirnya bertemu jodoh dengan pengurusnya sendiri, Ahmad Aznaim.


Pihak lelaki menghantar 7 dulang hantaran dan dibalas oleh pihak perempuan sebanyak 9 dulang hantaran. Ana Raffali menerima mas kahwin sebanyak RM 11, 412. Antara hantaran dari pihak lelaki ialah sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan, gelang tangan perak, dan wang hantaran. Pihak perempuan pula memberikan hantaran seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan, minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.

Sebanyak 1000 tetamu dijemput untuk hadir memeriahkan lagi majlis perkahwinan ini.

Di bawah ini adalah gambar majlis akad nikah dan perkahwinan Ana Raffali dan Ahmad Aznaim. 


kredit gambar : Roti Kaya






PCB mengucapkan tahniah dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat buat Ana Raffali dan suami, Ahmad Aznaim. 


notakakiPCB: semakin sopan Ana Raffali sejak bertudung. =D


6 comments :

Arol Mubin said...

Ana Raffali nampak ayu bila bertudung. :)

..cik gugu.. said...

lembut je ana pakai tudung ..

missSenget said...

sangat cantik,...!!

AmalinaRahim said...

arghhhhh apesal comel sangat Ana ni? nak kawin gak ah cengini >,<

whitecappuccino said...

Comelnya dia!

zulkbo said...

salam..
saya datang nak ambik cek saya..he he..ermm..main cek je zaman ni ye..?
tahniah buat kedua mempelai..semoga di berkati Allah pernikahan ini :)