Tuesday, February 14, 2012

MEREKA MAKAN BANYAK. TAPI TETAP KURUS.



Selamat petang.


pernah tak anda terfikir sesuatu. " Kenapa mereka makan bayak, tapi badan maintain slim.. aku makan sikit je, berat badan terus naik.."





Semua ini ada kaitan dengan banyak faktor. Pertama ialah kadar metabolisma badan. Kalau kadar metabolisma badan kita tinggi, makanan yang kita makan tu cepat dihadam. kalau kadar metabolisma badan kita rendah, ambik masa yang lama makanan tu nak dicernakan. Jadi, kalau tahu kadar metabolisma badan kita adalah rendah, kurangkan pengambilan makanan berlemak.


Kedua, faktor genetik. Kalau memang mak ayah dia pon spesies yang makan banyak badan maintain, probability dia nak sama macam mak ayah dia adalah tinggi. Kalau nak tahu kita dalam spesies mak ayah kita, tengoklah diorang. bila diorang makan banyak, naik tak berat diorang.


Ketiga, jumlah dan jenis makanan yang dimakan. makan yang elok ialah makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Jangan sekali makan 3 pinggan nasi, memang tak lah kan. Dari segi jenis makanan, kalau kita makan sedikit, tapi semuanya bergoreng dan lemak, tak elok jugak. balancekan pemakanan kita.


So, pada semua kat sana especially gigurl, janganlah risau walau chubby sikit.tetap jua comel.haha.


notakakiPCB: tengah malam ni dapat tahu result exam sem lepas. cuaknye.


19 comments :

Marya Hana said...

situasi di atas adalah AKU. haha.
yg makan tp x gemok tu :D

whitecappuccino said...

jeles dgn org yang macam ni..maintain jer hehehe

Rapunzel Cikilolo said...

metabolisma serta jenis kerja yang dilakukan setiap hari. huhu!

Firdaus said...

saya la tu, makan bnyk, still kurus~~ metabolisma tinggi!

hafizaiman95 @ fizs said...

saya!! badan tak naik2.. tp mkn banyak..

entry terbaru : http://www.hafizaiman95.com/2012/02/aku-jarang-blogwalking-kerana.html

Kalamhati said...

huhu mmg jeles..akak jenis cepat naik..

aziey nasrudin said...

sy pulak.makan sikit.. tapi... hurm =_=

~ariFFin~ said...

juga merasa perkara yang sama..kadang2 ade rase jealous ngan orang yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi..

(: gebangkembang :) said...

jeles gila dengan orang macam ni -,-

miya said...

sy makan byk,lebih byk dr suami tapi tetap kurus cekeding .

Syakir Rahman said...

aku pon mcm tuh gak..tp bila aku gemuk bru aku g bersenam slalu pastuh krus skit...pastuh ade masa gemuk balik pas makan bnyk dan begitula seterusnya... gemuk kurus gemuk kurus gemuk kurus....hahahaha...agak2 bahaya x mcm tuh??

IMANSHAH said...

takootnya gumuk

Shafiq said...

hehehe.. setuju dengan PCB...:-)
Pengambilan makanan dalam diet kita juga mempengaruhi.

ayie said...

saya makan banyak tapi tetap keding! skrg ni dgn tinggi 164 tapi berat 41kg je..xideal langsung..oh tolong laa nak balik berat asal 48kg..

Rahmad said...

ak kuat makan tp berat badan lmbat nak naik..
kalau ak makan benda2 berat mungkin berat badan ak cpt naik..

incik said...

janji sihat tubuh badan..

AMMAR YASIR said...

Hurmmm...makan banyak dah tapi tetap kurus...huhuhuhu

J.Syazwana said...

tension kan.
aku makan sikit sekejap je badan naik.
lagi geram bila orang kurus cakap susah nak gemuk -__-

aDisH.sHidA said...

akak tergolong dlm ktgri nie...makan byk tp x gemuk..makan dlm kuantiti skit tapi kerap..al maklum la tank kecik..pastu pagi2 asyik membuang je...2-3x hhahhahaa