Thursday, February 16, 2012

TIPS AJAR ANAK BERDIKARI


"Melentur buluh biarlah dari rebungnya.." Kalau nak ajar anak berdikari, biarlah dari kecil. jangan dah besar panjang, baru sibuk nak ajar mereka untuk berdikari. Kenapa perlu ajar anak berdikari sejak kecil? supaya nanti bila dah besar, dia tak terlampau dimanjakan dan boleh membuat sesuatu anpa mengharapkan pertolongan orang lain. Di sini ada beberapa tips untuk mengajar anak cara berdikari.


1) Menabung

Macam PCB dulu, pergi sekolah bawak RM2 sehari. seringgit belanja kat sekolah, seringgit masuk dalam tabung. kalau sehari seringgit, setahun dah boleh dapatkan RM300+. Menabung ni penting untuk masa depan. Ye lah, bila dah besar banyak pakai duit kan. Menabung pon boleh untuk jangka pendek. sSebagai contohnya, bila hujung tahun, keluarga akan buat trip pergi holiday. Setiap anak kena sediakan RM100 untuk perbelanjaan. Dengan menabung dari awal tahun, pasti anak tu akan dapat sediakan wang tersebut. Jadi, secara tidak langsung, anak-anak tidak mengharapkan ibu bapa apabila dapat menyimpan sendiri wang hasil tabungan mereka.


sumber Google


2) Beri peluang untuk mencuba

Kadang-kadang ibu bapa ini tidak beri peluang untuk anak mereka melakukan sesuatu. Sebagai contohnya, memasak. Ibu bapa beri alasan takut terkena minyak panas, terkena pisau tajam dan bermacam alasan lain supaya anak-anak tidak masuk ke dapur. Walhal, apabila anak itu sudah besar, nak potong bawang pon tak reti dan ibu bapa plak yang marah mereka. 


Mulakan dengan mengajar mereka resepi yang mudah. gunakan pisau plastik dan sentiasa mengawasi mereka apabila menggunakan minyak yang panas. Anak-anak gemar untuk mempelajari sesuatu. Banyak lagi contoh lain dalam bidang yang lain. Ibu bapa perlu bersikap lebih terbuka dan memberi peluang kepada anak mereka.


3) Beri pujian

Beri pujian kepada anak anda agar mereka tidak putus asa. Sebagai contoh, mereka sudah menghasilkan satu resepi makanan yang simple. Ibu bapa cuba makanan itu dan berilah pujian walau apapun rasa makanan itu. Sekurang-kurangnya anak-anak merasakan diri mereka dihargai dan akan mencuba dari semasa ke semasa. Secara tidak langsung, mealtih mereka untuk lebih berdikari.



Selamat mencuba =D


8 comments :

Ayuni said...

hikhik, sye dh besar pun menabung jugak...duit syilling byk kegunaan...

.cik syana. said...

betul2. tapi skg ajar anak tekak jer control jgn obses sgt mkn.hihi^^

Fendy said...

menggunakan teknik psikologi juga berguna...

JungRara said...

Oo, patut la i x pandai masak...hehe

Suhaili Sarif said...

waaaaaaaaaa sangat sweeett tips ni
thanx tau wan

Salina said...

kalo akak tips yg no.2 tu lah susah sket nk buat..risau dgn anak2 x bertempat kan..jika ank dr kecil dh terbiasa buat keje tolong mak kat rumah, insyallah sampai dah berumahtangga pun dia akan ringan tulang tolong isteri..

Mak Lagenda said...

tambahan kpd tips menabung di atas yg mak sendiri buat. Mak sediakan ganjaran 10% dr jumlah simpanan tabung yg di simpan ke bank.

10% tu, anak2 leh beli apa je yg derang suka.

P/s: 10% tu tak bnyk mana pun ekceli. Ada rm 10-30 bila sekali hntr duit ke acc bank. Tu semua nk menaikkan semangat anak2 menyimpan..

biela bell said...

betul.ibubapa perlu memberi dorongan dan sokongan pada anak2 utk kesenangan hidup masa hdpn. In sha Allah :)