PENGUMUMAN

1) KEPUTUSAN PERADUAN ULANGTAHUN KE 4 BLOG PCB TELAH DIUMUMKAN PADA 24 FEBRUARI 2014. TAHNIAH PADA PEMENANG!!


2) NANTIKAN PRODUK TERBARU DI BLOG PCB YANG BAKAL MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA!!

Friday, March 23, 2012

BIASISWA AXIATA | AXIATA YOUNG TALENT PROGRAMME



Selamat malam.


adik-adik yang ambil SPM mesti semua dah ambil result kan. pada yang dapat agak cemerlang, pasti menginginkan untuk menerima tajaan biasiswa. kali ini, PCB ingin mempromosikan satu tawaran biasiswa dari Axiata.


logo axiata

Sebagaimana yang kita tahu, Axiata merupakan sebuah syarikat telekomunikasi yang paling besar di Asia. Jadi, adalah sangat beruntung jika adik-adik terpilih untuk ditaja biasiswa oleh Axiata.



Axiata Young Talent Programme


Ini merupakan salah satu program di bawah Axiata. Program ini bertujuan untuk membentuk anak muda hari ini untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan dengan menaja pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan bidang yang lain dalam menerajui institusi pengajian di Malaysia dan seluruh dunia.


Terdapat 3 jenis biasiswa yang disediakan dalam program ini.

1) National Secondary School Programme
2) International Baccalaureate Pre-University Programme
3) Undergraduate Degree Programme


Ax-Factor

Ax- Factor adalah satu program yang akan membantu semua pelajar yang mendapat biasiswa dalam membentuk jati diri secara holistik melalui aktiviti hujung minggu dan waktu cuti yang akan memfokuskan kepada 5 aspek.

1) Attitude (Sahsiah)

2) Leadership (kepimpinan)

3) Communication (Komunikasi)

4) Critical Thinking (pemikiran kritikal)

5) Creativity (kreativiti)


jadi, jika anda rasa anda ingin mencuba nasib untuk mendapat tajaan biasiswa dari Axiata, anda boleh ke sini untuk mendapatkan info lanjut tentang 3 biasiswa yang disediakan oleh axiata (KLIK SINI )


PCB doakan agar ada antara yang terbaca entry ini akan beroleh biasiswa tersebut. minta share kepada mereka yang memerlukan terutamanya kepada mereka yang kurang berkemampuan tetapi cemerlang dalam pelajaran. Terima kasih atas kerjasama anda.




LAMAN WEB RASMI AXIATA YOUNG TALENT PROGRAMME:


untuk permohonan biasiswa Pelajar Pra -universiti dan universiti adalah dibuka sekarang dari 21-31Mac 2012.. (sila rujuk sini )


2 comments :

hawiz said...

biasiswa untuk master??.hahaa

whitecappuccino said...

tq for sharing..