Tahniah diucapkan kepada pelakon, Irma Hasmie yang kini selamat bertunang dengan pasangannya, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan. Majlis pertunangan di adakan di rumah Irma Hasmie yang terletak di Desa Coafiled Sungai Buloh pada pukul 4.15 petang semalam.
Irma Hasmie kelihatan ayu dengan mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat dengan rona biru cerah menerima sebentuk cincin yang disarungkan sendiri oleh ibu kepada Reza iaitu Datin Azizah Osman.
Irma Hasmie menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki speerti buah-buahan, kek, manisan kurma, sejadah, persalinan dan set mandian. Sementara itu, pihak lelaki menerima 9 dulang hantaran seperti set mandian, persalinan, kek, sejadah, pencukur, buku-buku keagamaan dan sireh junjung.
Irma dijangkakan akan diikatkan dengan tali pernikahan pada 1 Julai 2012.
Di bawah ini adalah antara gambar majlis pertunangan Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer.
sumber : Murai
kek pertunangan Irma dan Reza
Irma sangat ayu mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat
PCB doakan Irma Hasmie dan Reza dipanjangkan jodoh sehingga ke ikatan perkahwinan. Semoga sentiasa bahagia selalu =)
notakakiPCB: semakin ayu Irma bertudung =).

.jpg)
.jpg)

.jpg)




10 comments :
Lawanya baju tunang dia..like! Like! =)
tahniah ..
dia memang cantik
cantik la..semoga ikatan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin
cantiknya dye..suka tgk irma happy cm nie
Sangat cun !
cantiknya dia..
aku baru tahu dia dh bertunang bila baca entry ni..
huuhuhuh :)
Moga kebahagiaan dan jodohnya akan berkekalan smpi bila2
cantinya irma.... yg sebelah irma tu adik dia ke? msh kosong lg x?
Post a Comment