11 April 2012, Dunia dikejutkan lagi dengan satu gempa bumi berskala Ritcher 8.7 yang melanda pantai Aceh petang semalam.
Skala tersebut agak besar dan hampir menyamai kejadian gempa bumi yang mengakibatkan Tsunami di Aceh dan kawasan sekitarnya pada tahun 2004 dengan 9.1 skala Ritcher.
Kejadian gempa bumi semalam telah mengakibatkan semua negara yang berdekatan mengeluarkan amaran Tsunami sebagai langkah berjaga-jaga. Namun begitu, sejak malam tadi, semua negara sudah menarik balik amaran Tsunami, namun, masih dalam keadaan berjaga-jaga berikutan berlakunya gempa susulan.
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang turut merasai gegaran gempa bumi tersebut. Gegaran dapat dirasai di hampir kebanyakan tempat terutamanya di negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan lain-lain.
Di bawah ini adalah gambar dan video gempa bumi yang berlaku pada hari semalam.
pusat gempa yang berada di perairan Barat Aceh.
Gambar mangsa trauma dengan gempa yang berlaku
tembok penjara yang runtuh di Wilayah Aceh
pesakit di Hospital Tengku Ampuan Afzan dipindahkan selepas berlaku gempa bumi
untuk gambar yang lain, boleh rujuk di sini
sumber: Berita Harian
sama-sama kita doakan agar kita semua selamat dari bencana ni. harap kejadian 2004 tidak berulang kembali.
p/s jom mendaftar di Segi College untuk adik2 lepasan SPM.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
14 comments:
alhamdulillah kita di sini slmt ...marilah sama2 mendoakan utk mereka yg di sana...:)
bersyukur kat malaysia xde apa2.. semoga mangsa tabah..
Menakutkan...
Alhamdulillah , tiada nyawa terkorban.
Alhamdulillah mujur takde terjadinya tsunami kan wan..
pernah merasa gempa minor masa melawat banda aceh dulu....
takot!
@azzey sama2 kita doakan
@denoAlhamdulillah =)
@the triplets itulah takdir tuhan
@[PCL] Amin.
@Mak Lagenda itulah. nasib baik tiada tsunami
@-gedek! mesti seram kan pengalaman tuh
alhamdulillah...mujur takde tsunami kan..
Alhamdulillah kita kat sini x der apa2..
Post a Comment