Sebut saja pasal Says.My, Churp Churp, Advertlets, Nuffnang dan medium pengiklanan yang lain, pasti konsepnya sama sahaja. satu klik membawa kepada duit. Itulah strategi syarikat pengiklanan untuk menarik minat pelanggannya untuk mempromosikan iklan terbaru.
antara syarikat pengiklanan Malaysia
Kita sebagai pengguna medium pengiklanan tersebut perlulah bijak untuk menarik minat pembaca kita untuk klik iklan yang disediakan. Jangan bersikap seperti menunggu rezeki turun dari langit. Tanpa usaha apa-apa, pasti kita tidak akan dapat hasilnya. Namun begitu, PCB lihat ada trend dalam kalangan kita yang terlampau kejarkan duit sehingga melakukan perkara yang kurang bermoral.
Antaranya ialah:
1) Fraud Click - klik iklan yang ada dalam blog sendiri untuk menjana wang dalam masa yang cepat.
2) Meminta kawan untuk klik sedangkan mereka tidak berminat.
3) Menipu melalui link - contoh, link yang disediakan adalah untuk ke blog orang lain, tapi sebenarnya bila diklik ke iklan yang berbayar.
Memang mudah untuk dapat duit melalui cara tersebut, tapi apakah kita tidak rasa duit yang kita dapat itu kurang elok. ye lah bila dah caranya kurang elok, pastilah duit yang diperoleh pon sama kan.
Jadi kat sini PCB akan berikan beberapa tips untuk menarik minat pembaca untuk klik iklan anda dengan cara yang berhemah.
1) Promosi di Laman sosial seperti Facebook dan Twitter
Laman sosial merupakan medium terbaik untuk promosi tentang sesuatu iklan baru. Semakin ramai kawan kita di laman sosial, semakin tinggi peluang untuk mereka melihat iklan kita. Promote secara berhemah. gunakan ayat yang membuatkan mereka berasa kagum dengan iklan tersebut. Kemudian, bergantung pada mereka untuk klik atau tidak. kita tidak memaksa kan.
2) Buatlah satu entry (terutama kepada blogger)
Ceritakan apa yang menarik tentang iklan tersebut dalam entri blog anda. sekurang-kurangnya anda sudah ada pengetahuan sedikit sebanyak tentang iklan itu dan dapat meyakinkan pembaca untuk klik iklan tersebut. Gunakan gambar atau video yang menarik dalam blog anda untuk meningkatkan minat mereka.
3) Pandai pilih targeted people dan targeted market.
Sebagai contohnya, iklan tersebut berkaitan dengan pakaian ibu mengandung, cuba promosikan iklan tersebut pada kawan-kawan anda yang mengandung mahupun di page Facebook untuk ibu hamil. sudah pasti akan ramai orang yang berminat untuk mengetahui iklan tersebut berbanding anda post pada iklan yang sama di page Sukan. pasti ramai yang tak berminat untuk mengetahuinya. Gunakan iklan yang diberikan pada targeted individu yang berpotensi untuk klik.
Sebenarnya memang susah untuk menarik minat orang klik, tapi orang kata usaha itu tangga kejayaan. Kejayaan tidak datang bergolek, perlukan pengorbanan yang gigih. Jadi teruskan usaha. Disamping online, sekurang-kurangnya boleh tambah pendapatan.Tapi ingat, jangan paksa orang untuk klik, tak elok taw =)
p/s nak promote iklan jugaklah.hehe.tak paksa taw, kalau minat je boleh klik.
1) Jika anda Peminat tegar Yuna, jangan lupa saksikan projek terbaru Yuna, The Sperkle Project di sini .
2) Volkswagen tampil dengan kereta mampu milik untuk semua, Volkswagen Polo Sedan. boleh rujuk sini untuk maklumat lanjut.
3) Anda kini berpeluang untuk menyaksikan Olimpik 2012 London bersama Samsung. Hnaya hasilkan video 30 saat yang kreatif sahaja. Mudah kan!! boleh rujuk sini .





18 comments :
:-) Macam-macam taktik ek orang guna..
tips yg terbaik..
terima ksaih share tips ! :)
alah.. tapi tadi kak sha minta wan klik utk undi kak sha...hope wan dont mind hehehhehhee
sorry td terguna ID opis utk komen kat sini..lupa nak tukar ID personal kak sha...huhu
tips yg sgt baik.. nk try lh..
tips terbaik ni...yg penting jgn buat fraud click...dpt duit dari cara tu mesti tak berkat kan...nak bagi org klik iklan..biarlah kena dgn caranya..:D
nak tanya , contoh laaa kan kita nk buat entry pasal iklan tu, tp nnti code untuk iklan tu kita nak dapat dari mana ehh?
ahaa .. boleh cuba :)
fraud click jangan sampai kena warning.. hehehehe
Good tips!thanks so much for sharing..=)
cara tarik readers utk klik spt yg last 3 tu bagus!
thanks 4 da tips!
Setuju dgn tips tu. Macam tu baru orang nak klik iklan dengan rela hati :D
akak mmg xreti menda2 iklan nie.. nuffnag tue pun sbb org kata letak la letak la.. tue yg akak letak..hihihi
masih dalam percubaan... :)
tips yg baik ;)
Tip yg berguna buat para blogger...
Datanglah ke laman blog saya...
Http://uzaify69.joowaal.net/
Post a Comment