Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini PCB nak bagi senarai rukun solat. rukun solat ni adalah perkara yang wajib dilakukan dalam solat, kalau tak buat, tak sah la solat kita tu. jadi, jangan main-main taw. jangan suka-suka nak skip. jom kita belajar satu persatu rukun solat.
rukun solat ni ada 13.
1) Berdiri tegak - kalau tidak mampu, boleh dalam keadaan duduk, berbaring (mengikut kemampuan diri sendiri)
2) Niat
3) Takbiratul Ihram
4) Bacaan Al Fatihah
5) Ruku' serta thoma'ninah
6) I'tidal serta thoma'ninah
7) Sujud dua kali serta thoma'ninah
8) Duduk di antara dua sujud serta thoma'ninah
9) Duduk tahiyyat akhir
10) Bacaan tahiyyat akhir
11) Membaca selawat ke atas Nabi waktu tahiyyat akhir
12) Memberi salam yang pertama
13) Tertib
opss.. nak solat mana boleh jeling tempat laen dik..makruh nanti..
Jadi, PCB harap kita semua dapat ingat rukun solat ni sebab benda wajib yang kita perlu lakukan hari-hari.
notakakiPCB: Mak sekarang ada kat Bandung, Indonesia. Semoga selamat sampai kat sana









11 comments :
yeah ! jgn dibuat main2 skip jer...solat xpress xder pekdahnyer ! ..thnks memperingatkan.
peringatan dan baik utk pengetahuan
Terima kasih kerana mengingatkan.. :-)
terima kasih share perkara ni.. kita solat kdg2 lupa perkara penting kan PCB? by d way, comel la upin ipin tu
kena jaga betul-betul rukun solat ni (:
Benda yang baik biar diulang 1000 kali! pun takpe.Terima kasih kerana mengingati!
thanks PCB... semoga jd ingatan buat kt semua...
sekali gambar upin ipin daa...!
peringatan terbaik buat semua muslimin & muslimat
terima kasih kerana mengingatkan
Nk tya kalu terskip rukun solat,adakah sah solat kita.
Post a Comment