PENGUMUMAN

1) KEPUTUSAN PERADUAN ULANGTAHUN KE 4 BLOG PCB TELAH DIUMUMKAN PADA 24 FEBRUARI 2014. TAHNIAH PADA PEMENANG!!


2) NANTIKAN PRODUK TERBARU DI BLOG PCB YANG BAKAL MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA!!

Monday, May 14, 2012

KENANGAN MANIS DI SMK FELDA CHEMOMOI | MISS YOU GUYS



seperti yang PCB janjikan untuk anda semua. PCB akan cerita kisah pengalaman pahit manis 3 hari berkampung di Felda Chemomoi, Bentong, Pahang. By the way, this is my first time join aktiviti Kelab Penyayang UKM. Kelab penyayang adalah sebuah kelab yang fokuskan kepada kebajikan seperti anak yatim, orang tua, pelajar sekolah dan sebagainya.







Kali ini PCB bersama-sama kawan-kawan dari UKM telah mengadakan kem motivasi NURI untuk Pelajar SPM SMK Felda Chemomoi. serious tak sabar sebab dah lama tak balik sekolah. kira ni ala-ala back to school dan nak jadi muda remaja balik.hikhik.



Hari pertama, Jumaat 11 Mei 2012


kami sampai agak lewat petang di Felda Chemomoi dan terus ke rumah Jefri, our friend yang memang berasal dari Felda Chemomoi. Kami dijamu dengan nasi goreng, ayam dan sosej BBQ, kuih muih, laksa, burger dan macam-macam lagi. perot ni rasa kembong sangat-sangat dah. memang sedap =). thumbs up untuk family jefri!!



Hari Kedua, Sabtu 12 Mei 2012


Hari kedua bermulalah program kami dari awal pagi sehingga larut malam. Semua fasilitator gigih bangun pagi dan berjalan kaki dari tempat penginapan ke sekolah demi adik-adik pelajar yang tersayang .Bermula dengan pendaftaran pelajar. Alhamdulillah, hampir kesemua pelajar SPM SMK Felda Chemomoi join kem ini. rasa sangat teruja dapat lihat muka adik-adik yang bakal kami kenal.



antara barisan Fasilitator.. maaf tak de semua gambar fasi =)



PCB dapat group 6 bersama dengan another two fasilitators. Memang dapat adik-adik dari kelas berbeza, ada kelas Sains, Ekonomi, Seni Kreatif, MPV.seriously this is my challenge untuk hiburkan diorang sepanjang hari. We started our LDK (Latihan dalam kumpulan) dalam bilik darjah. kami berkongsi bilik darjah dengan group 8. Jadi, untuk memudahkan kerja, we gabung group 6 dan group 8. Sesi pagi bermula dengan agak bosan, tapi bila start dengan games, semua orang ketawa, senyum suka. PCB rasa sangat happy bila diorang enjoy dengan games yang kitorang sediakan. Everything settle dengan baiknya pada sebelah pagi.



muka semua enjoy main games =).


Sebelah petang bersambung lagi dengan LDK. segalanya berjalan dengan smooth. Yang penting, PCB rasa happy sangat bila dapat membuatkan seorang student yang pasif dan pendiam menjadi seorang yang hebat sewaktu bermain games!! korang hebat!! PCB jugak rasa syok sebab pelajar-pelajar yang dikatakan kelas bawahan juga enjoy dengan games. Bagi PCB, tiada istilah kelas bawahan. mereka semua hebat dan bagus dalam bidang masing-masing.



Sukaneka time =). sporting habis.


Sebelah petang pula disambung dengan Sukaneka. Memang enjoy gila sebab pelajar beri cooperation yang hebat!! semangat bertanding tu ada di antara kumpulan. PCB turut serta join sukaneka.hikhik. main passing getah guna straw, main ambik gula-gula dalam tepung, main pecahkan belon sambil duduk, bawak bola 3 bijik sekaligus.huhu.



malam penutup kem NURI ..Chemomoi Penyayang =)


Sebelah malam pulak ada majlis penutup. PCB rasa teruja sangat sebab diorang memang tak segan untuk buat persembahan.sangat sporting dan sempoi.ada yang menyanyi dan ada yang  nasyid. malam tu jugak ada cabutan bertuah. seriously PCB rasa sedikit sedih sebab terpaksa berpisah dengan diorang semua =(. Harap dapat jumpa adik-adik lagi..


Hari ketiga, Ahad 13 Mei 2012


Pagi tu sebelum bertolak pulang ke UKM, ada majlis akikah adik jefri di rumahnya. Kami menolong keluarganya rewang untuk akikah. Alhamdulillah, banyak ilmu yang dipelajari. Dalam petang pukul 2, kami pulang ke UKM. hati memang sedih sebab terpaksa tinggalkan Chemomoi.


Untuk adik-adik, selamat berjuang untuk exam dan SPM. PCB akan sentiasa merindui Chemomoi kerana PCB terasa sangat tenang di sana =). I miss you Felda Chemomoi forever..


Chemomoi Penyayang =)..


p/s esok exam. I'll go first.bye.


18 comments :

Ayuni said...

teringt zaman dulu.....

Ardini Izzati said...

Rindunya zaman sekolah!

AZRUL AZMI said...

dah tak de... baru rase rindu nyerr...

Udinz.com said...

wow...best...raging bebudak...hheeh

Awie Omar said...

INFO TERKINI - NEXT TOP BLOGGER 2
Anda akan berada di ZON PECUTAN
tidak lama lagi.
Pastikan anda ada post sekurang
kurangnya 1 entri dalam tempoh
masa ini 15/5/12 hingga 17/5/12
Tidak kisah entri apa sekali
pun ada postkan.
Rajinkan diri update blog ok!

amier_fekhry said...

mmg seronok layan bebudak ni.. bila nak dtg hiburkan anak2 istimewa sek fik lak... hihihi

Jefri said...

tudia..............

terima kasih juga la banyak memberi kerjasama dari segala aspek.

hanya Allah dapat membalas jasa kalian...

KiD said...

seronoknyaa... rasa nak gi skolah laaa buat kem motivasi

Iffah Afeefah said...

Nila sbb nye ko xjoin gath

NAL said...

best la kan..

Affan Ruslan said...

Aku tak pernah jadi fasi rasanya. Tapi kalau budak2 sekolah rendah tak kisah sangat kut, ni budak SPM rasa macam tak mampu je hehe.

Btw, baguslah ada aktiviti2 kemasyarakatan ni :)

FEDO said...

Kenangan la ne.He2

cucu umie said...

yuhuuu..sgt enjoy

Awie Omar said...

SISTEM UNDIAN
NTB2 akan menggunakan sistem
undian untuk menyingkirkan peserta
dari permainan.

Anda berada di kedudukan TOP 4
dalam CARTA MINGGUAN episod 3
yang akan dipostkan Khamis ini.

Maka itu...
Anda diminta memilih salah seorang
dari mereka untuk disingkirkan dalam
episod 3 nanti. Mereka berdua berada
di kedudukan tercorot dalam carta

Lynn La Loy
http://lynnlaloy.blogspot.com/2012/04/short-hair.html

Hareez Haiqal
http://elefunz.blogspot.com/2012/04/semakan-lepasan-spm-tawaran-etc.html

Umumkan keputusan anda dalam kotak komen
entri NTB2 - Episod 2
sebelum Khamis - 17/5/2012
Terima kasih :)

Awie Omar said...

KESILAPAN TEKNIKAL

tersilap letak entri untuk Hareez Haiqal.
Dibawah ni yg betul.

Hareez Haiqal
http://elefunz.blogspot.com/2012/05/selamat-hari-guru.html

harap sudi mengundi keluar
Hareez Haiqal atau Lynn La Loy :)

Sharidawati Shahrudin said...

best kan dpt join xtvt gini? masa kat uum dulu pernah buat motivasi kat sm jitra, kedah. 2 hari 1 malam...

Ryu on ahsfantasy24.com said...

rasa tenang bila dapat
lihat mereka bahagia :)

hazman aka species1980 said...

sonok bila jadi fasi nie.... secara tak langsung dapat latih kita untuk lebih yakin untuk public speaking....