Petang tadi berlangsungnya majlis perkahwinan Irma Hasmie dan Reza Syah Azmeer. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Irma Hasmie sah menjadi isteri kepada Reza Syah Azmeer. Pasangan pengantin dinikahkan sendiri oleh bapa Irma Hasmie, Ibrahim Othman. Majlis Perkahwinan telah diadakan di Dewan Sri Melati, Putrajaya.
Wang hantaran dirahsiakan namun begitu, Irma Hasmie menerima tiga dinar emas sebagai mas kahwin.Pengantin perempuan memberikan 13 dulang hantaran dan dibalas dengan 11 dulang oleh pihak lelaki.
Di bawah ini adalah di antara gambar majlis perkahwinan Irma Hasmie dan Syah Reza Azmeer
Pasangan pengantin kelihatan sedondon dan nampak cantik dengan rekaan eksklusif daripada Hatta Dolmat. Tahniah diucapkan buat Irma. Memang bertuah Reza kerana memperisterikan Irma yang kini tampi bertudung dan sopan.
p/s tetiber je nak kahwin jugak.haha




16 comments :
Irma Hasmie cantik sgt. Terlalu cantik! :) Tahniah buat pasangan. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. :)
p/s:Jom kahwin! :p
kawen la weh
pe tggu lagi wakaka
Pakcik Biola bila lagi!!
congrats..
alhamdulillah..
arini berdirinya lagi masjid baru :)
dia punya dayang dayang pun best je tgk , lawa je ,
sepadan mereka nie..
tahniah. Semoga ikatan yg dibina berkekalan hingga ke akhir hayat..
sama cantik dan sama padan
Selamat Pengantin Baru buat kak Irma Hasmie
Selamat Pengantin Baharu...
ah cuuunnyaaa.. selamat pengantin baru!
rugi lambat kawen... ;)
semoga dipermudahkan niat nak jadi suami orang tue....
mmg sama cantik,sama padan mereka berdua nih. Moga2 bahagia hingga ke anak cucu
lawanya both pengantin :)
sangat sesuai bagai merpati dua sejoli... irma sangat cantik dan hubby pun ensem! :)
Post a Comment