Assalamualaikum.
Sebut pasal biskut raya, macam-macam jenis biskut raya bermain dalam otak. yang femes dan jadi hot stuff masa hari raya macam Almond London, kuih semperit, cornflakes madu dan banyak lagi. Biskut pertama yang PCB belajar zaman kecik-kecik dulu adalah semperit. Nama je semperit, tapi tak delah perit mana pon nak buat.simple je =D.
kredit untuk Google.. biskut pertama PCB reti buat..
Korang mesti terror jugak buat kuih raya kan? kalau yang jenis kaki masak, memang no problem setakat buat kuih ni. kalau yang macam PCB ni, memang berkali-kali buatlah baru menjadi. Family PCB kalau bab biskut raya ni memang kedekut sikit. Nak tahu kenapa? Biskut raya yang sedap-sedap dan mahal, kitorang simpan je dekat dapur. yang bagi dekat orang datang beraya yang biasa-biasa je. exceptlah orang yang datang tu kita rapat. rasa rugi plak bagi yang mahal-mahal dekat orang makan.huhu..
Famili kitorang memang dah terbiasa beli biskut tunjuk-tunjuk je. semua busy dan tak de masa nak buat. Setiap orang dalam famili akan bawak balik biskut raya dan kumpul sebelum dimasukkan dalam balang biskut. Tapi kan, PCB rasa orang zaman sekarang datang beraya lebih gemar makan kerepek berbanding biskut. Kerepek ubi, kerepek pisang memang jadi benda feveret masa raya.
Kerepek ubi kayu pedas memang feveret PCB..
Mesti ada yang suka kan kerepek ubi pedas ni!! tambah plak yang berminyak skit..memang menjilat ibu jari. hoho =D. Agak-agak korang kalau pergi beraya, korang lebih suka makan kerepek ke biskut raya?jangan lupa komen ye..
p/s Biskut Dahlia dengan biskut semperit tu benda sama ke?






16 comments :
xsme
semperit leper panjang
dahlia bentuk bunga
resepi lebih kurang sme
Sedapnya semperit tu. Terliur dibuatnya. :)
haha eyja klu beraya slalu cri kerepek yg pdas tu . sedap kot . haha tp ad jgk pesen org lupa diri ,dgn balang2 dy amek dy hadap sorg . hehh:P
perghhh!!! ni rasa tak sabar nak raya nieh.... nyum3! :)
Biasanya makan kuih sket pastu bedal kerepek secukup rasa.. :-) Hehehe. Samala dengan PCB, suka yang pedas-pedas. :-)
Mak lbh suka kuih2 lama like putu beras,putu kacang dan btg buruk. Kuih sarang semut pun mak suka. Tu pun senang giler nak buat
biskut dahlia dan semperit tu rasanyanya seakan2 sama cuma berbeza bentuk je.
Ramadhan berlalu pergi, Syawal semakin dinanti.
Selamat Hari Raya Aidilfitri :)
sy lebih suka makan kerepek... kalau biskut raya tu tgok jenis ape...
http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/teka-baju-raya.html
Suka makan yg ringan2 je.. x suka makan kuih...
Kerepek Ubi my feveret jugak!! aih.. nak pi cari skarang....
kecur liur tengok gambar kuih semprit..sesetengah orang cakap kuih dahlia...
Check out my latest post on mfadhlan.com
hehhee..
samperit best ! paling suka (:
Terbaru:
Acai Berry ABC Murah
tak sama... tepung pun x sama kata kak miza...
kalau akak biskut kurang sikit.. akak lagi suka mkn laksa ke kek ke mee kari.. ambik kau selera nk beso je.. hahahaha
kuih, suka tart nenas.
kerepek, balun jer mana2...
keropok ubi pedas sentiasa habis dulu. stock kena banya sikit.
wah terror gak wan tau buat samperit. mama pun tak reti buat. satu kuih raya pun tatau hehehe
Post a Comment