Monday, December 31, 2012

ENTRI PENUTUP 2012 | SELAMAT TAHUN BARU 2013



Alhamdulillah. lagi beberapa minit tahun baru akan menjelma, tahun 2013. Selamat tahun baru 2013 masihi semua! Semoga semua dah pasang azam untuk tahun 2013 ye. Tapi biarlah azam tuh sampai ke hujung tahun 2013 ye. jangan azam sampai sebulan je sudah.






Alhamdulillah secara peribadi PCB berpuas hati dengan pencapaian PCB untuk tahun 2012. Dari segi pelajaran, PCB sudah pon bergelar graduan dari UKM dan memperoleh ijazah sarjanamuda dalam bidang biologi. Amin. Semoga pencapaian ini dapat membanggakan semua orang yang dah banyak membantu PCB terutamanya kepada kedua ibu bapa dan keluarga.



Dari segi kerjaya, tamat saja konvokesyen hari tu, PCB terus bekerja sebagai promoter dekat DIGI secara part time. Banyak benda yang dipelajari seperti pengalaman dan cara bekerja. At least, dapat jugak tambah duit poket dan belajar mencari duit sendiri. InsyaAllah, segala pengalaman tu PCB akan gunakan bila bekerja full time nanti.



Dari segi pencapaian blog. Sangat manis bagi tahun 2012 apabila follower PCB sudah pon mencecah lebih daripada 2000 orang. Bilangan pageviews blog juga sudah mencecah lebih 600,000 PV. Semoga blog PCB akan terus sukses sampai bila-bila.



InsyaAllah PCB akan fikirkan azam untuk tahun 2013 nanti. Selamat tahun baru 2013 semua!!


10 comments :

Iffah Afeefah said...

jom jumpe 2013 hee

Tok Puteh said...

selamat tahun baru 2013 bro :)

udin said...

selamat tahun baru 2013 PCB! hehe. ;)

BDRL HSYM said...

Selamat tahun baru wan ! ! ! ! ! ! ! Kau takde apply mana2 ke??

Ayuni said...

Happy new year!

boni kacak said...

wah...memang banyak pencapaian ko untuk tahun 2012 ni...semoga tahun 2013 akan lebih banyak kejayaan yang hadir pada kita semua...amin... selamat tahun baru bro :)

ahsfantasy Ryu said...

Kena pasang azam baharu lagi..
Selamat Meraikan Tahun Baharu,
Moga tahun ini memberikan jutaan keberkatan buat kita semua:)

Ezad Skytech said...

masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru ni...hee~

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Happy New Year !! :')

Syaifuddin Alias said...

selamat tahun baru bro..hihi
azam baru le pulok