Saturday, December 22, 2012

TIPS ELAK KAKI BERBAU



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


PCB sejak bekerja ni ada hadapi satu masalah yang PCB sendiri tidak pasti apa puncanya. Bila bekerja ni memang pakai kasut hampir setiap masa. Bila balik dari kerja, bukak kasut, MasyaAllah, Tuhan je tahu, Bau dia pergh!! kalau tengah lapar nak makan boleh hilang selera makan. busuk betol!! Padahal PCB tak pernah pon hadapi masalah kaki berbau sebelum ini.



PCB yakin pasti ramai antara pembaca yang ada hadapi masalah kaki berbau. PCB nak share beberapa tips untuk korang semua. Kalau korang ada tips lain, boleh share di ruangan komen ye.



1) pemakaian stoking ketika memakai kasut

kadang-kadang ramai antara kita yang tak gemar memakai stoking apabila memakai kasut. banyak alasan diberikan. Kaki kita apabila terperap di dalam kasut akan keluarkan peluh. Sebab itu, kasut kita cepat berbau busuk dan kaki pula cepat berbau. Pemakaian stoking boleh menyerap peluh tersebut.


2) sentiasa mencuci kaki dengan kerap.

Ramai orang sangat mengambil berat soal penjagaan muka dan tangan. Tapi, ramai yang lupa untuk mengambil berat tentang penjagaan kaki. Sentiasa cuci kaki kita dengan menggunakan air yang bersih dan buang segala daki dan kotoran yang melekat di kaki dengan menggunakan sabun. Amalan mencuci kaki boleh menyihatkan kaki kita dari sebarang bau yang kurang menyenangkan.


3) sentiasa memotong kuku kaki
Ramai orang lupa untuk memotong kuku kaki sehingga nampak banyak kotoran melekat dalam kuku. Kalau lama sangat tak potong kuku kaki terutama bahagian paling tepi, pasti kena cekam. Kalau lebih parah, kuku kaki kena cabut. Walaupun kaki tuh orang tak tengok sangat,sekurang-kurangnya potong untuk kebersihan diri sendiri.


k lah.jumpa lagi next entry.

14 comments :

blog-tips-kurus said...

...kebetulan pula same entry...

:-)

ahsfantasy24 said...

Kasut mahal2tapi tak pakai stokin,
sayang lahhh :D

luqman zakaria said...

bagus tips nih..hehe...jgn malas pakai stoking yer...

Iffah Afeefah said...

slmt kaki aku takde bauuu

hamizah samsudin said...

bila main sukan dia startlah berbauuuu

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

TQ for the tips. :')

Leeza dayasari [santai leeza] said...

belum pernah hadapi masalah mcm ni.

J.Syazwana said...

Naseb baik tak suke pakai kasut. Pegi keje pon pakai selipar je sbb dok opis. Kekeke

Syaifuddin Alias said...

haha..sekali busuk, memang masam nauzubillah la

Anisa Anuar said...

good tips...kena maintain..jgn kasi busuk nieh...

boni kacak said...

dan lagi satu.. kena tukar stokin hari2.. jangan pakai stokin yang sama je.. :)

whitecappuccino said...

stokin pun jgn lupa basuh :)

Hazmin Hamudin said...

Pemakaian stokin tu yang penting.. Jangan pakai yang sama je tiap hari. Memang nahas la bau dia kan.

Ezad Skytech said...

jangan la stokin yg sama dipakai seminggu..mmg kaw2 la bau dia kan..tukar la selalu...hee~