Friday, January 25, 2013

2 BULAN DI MERANG SURIA RESORT



Orang lain datang resort untuk bercuti beberapa hari je. Tapi PCB tinggal dekat resort selama 2 bulan. Tapi, PCB tak risau sebab semuanya free =D. Kalau berbayar, dah lama PCB angkut baju semua balik rumah.hikhik. Cuba bayang kalau satu hari dah 200 hengget. Kalau 2 bulan, dekat 12 ribu hengget. mati nak mencari duet banyak tuh =D



inilah Merang Suria Resort =D



Terima kasih pada kerajaan sebab bagi peluang untuk PCB dengan kawan-kawan belajar banyak benda kat sini sebelum masuk alam pekerjaan. Dekat sini memang selesa. Tapi, kekurangan sikit-sikit tu tetap ada.




yang ni gambar PCB dengan kawan-kawan dalam "PERFECT" group..



Dah 3 minggu PCB dekat sini. Memang busy dan menguji mental dan fizikal. Minggu pertama PCB atend B.A.S.E. macam gambar kat atas. Nama panjang modul ni Building and Achieving Self Efficacy. Belajar macam cara nak bina karakter diri. Minggu kedua, PCB belajar Project & Event Management. dan baru-baru ini PCB belajar modul Business Writing.Memang seronok tapi sedikit penat =D.



PCB dapat jawatan sebagai Project Manager untuk English Fair Project. Banyaknya kerja nak buat. Agak-agak bila masuk alam pekerjaan yang betol mesti lagi penat nak handle project2 ni ye. Tapi PCB gemar dekat sini sebab semua orang kena speak in English. bolehlah asah English skills yang dah lama berkarat ini.



Sampai sini dulu, nanti PCB tulis lagi. nak jalan-jalan tepi pantai jap.hikhik.


p/s Salam maulidur rasul buat semua (tak terlambat lagi kan =))

7 comments :

whitecappuccino said...

bestnya 2 bulan duk kt resort tu..mesti bnyak dpt ilmu kn?

Badrul Hisyam said...

lamanya program smpi 2 bulan.. btw, cantiknya tempat dia.. jeles..

NAL said...

semoga terus berjaya yer PCB..

Cinta hazanis said...

best giler dapat duk free kat resort selama sebulan. huhu

Leeza dayasari [santai leeza] said...

terus sukses k...
2 bula tu...

AwieKashi said...

bapak lama giler duk resort..tak yah balik rumah lah...duk situ terus.. XD

#im back!

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Cantiknya resort. Jealous! Hehe. Good luck! :')