Saturday, January 19, 2013

SEGMEN : SAYA BLOGGER NEGERI..........



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Lama betol rasanya tak join segmen ni. Bukan tak nak join, tapi rasa malas tuh memang dah tak dapat dibendung. Hempok kepala dekat dinding pon tetap malas.muahahahaha.. Tapi tetiba je mood nak join segmen datang hari ni. So, ape lagi terus join =D.



Segmen ni dibuat oleh blogger famous amous + hensem, Fizgraphic. 



rasa nak join? klik atas ni..



Agak-agak PCB ni asal daripada mana? Sape teka betol dapat PCB. ahak. notinya saya ni. =D.. PCB ni orang Kelate..





KELANTAN DARUL NAIM


Sape tahu nama panggilan bagi negeri Kelate? Wah, PCB ada dengar banyak yang jawab betol! Kelate juga dikenali sebagai negeri serambi Mekah, negeri tanah serendah sekebun bunga dan negeri Che Siti Wan Kembang . Jangan PCB kenapa Kelate dipanggil nama gelaran tersebot. PCB enggak tahu. (ambik towel tutop muka..segan!!)


Apa yang special tentang Kelantan?


1) Makanan

Makanan kat Kelate memang macam-macam. dari nasi, lauk pauk, sehingga ke kuih. Semua sedap dan meyelerakan. Tapi yang paling special dekat Kelate adalah budu . Ada sape-sape yang pernah try budu? mungkin ada yang minat dan mungkin ada yang tak. Tapi bagi orang Kelate, makan nasi tanpa budu ni rasa tak lengkap semacam je. betol x?


Selain daripada itu, kat sini memang famous dengan nasi kerabu, ayam percik, kuih muih seperti cek mek molek, akok, lompat tikam, ketupat sotong dan lain-lain lagi.



2) Tok Guru

Bila PCB berbicara tentang Tok Guru, PCB tidak berbicara soal politik sebab PCB langsung tak berminat tentang politik. Cuma PCB ingin bercerita tentang Tok Guru, seorang pemimpin Islam yang sangat berpengaruh. PCB suka melihat cara hidupnya yang sederhana walaupun beliau adalah seorang Menteri Besar. Sukar nak lihat di mana-mana tempat pemimpin yang bersifat sedemikian. PCB pasti Tok Guru punya jawapan tersendiri kenapa beliau lebih suka untuk bersifat sederhana dalam kehidupan.



3) Lokasi percutian

Kelantan juga mempunyai lokasi percutian yang menarik untuk dilawati. Bagi yang gemarkan kedamaian di kawasan pantai, boleh ke Pantai Cahaya Bulan, Pantai Bisikan Bayu, Pantai Sri Tujuh etc. Bagi yang gemarkan kawasan air terjun, Kelantan mempunyai air terjun tertinggi di Asia Tenggara iaitu Air terjun Gunung Stong. Bagi yang gemarkan kawasan kesenian, boleh mempelajari batik, bermain gasing, membuat wau, melawat Tokong Buddha yang terbesar di Asia Tenggara. Bagi yang gemarkan shopping dengan harga yang murah, Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang, dan Pasar Besar Siti Khadijah menyediakan barangan dengan harga yang terbaik.



Jadi, apa tunggu lagi, jom semua melawat Kelantan dan seluruh negeri di Malaysia =D

14 comments :

gedik santai said...

Na na na na naaa Ganu Kiteee :)

yeen miscelivious said...

hai.. dtg dari segmen yang sama
yeen suke bumi kelantan ^^
jom terjah ke nogori plk :)
http://treasurelicious.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

♥Farhana♥ said...

dari segmen yang sama , blogger dari perak . done follow . jemput singgah dan follow blog saya ---> http://duniahatisaya.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

salam perkenalan :)

NAL said...

demo wat gapo? kawe ore kedah.. hehe..
ok tak loghat NAL.. :)

Syaifuddin Alias said...

haha..sgt power :) good luck

[PCL] said...

salam PCB, lama x singah sini..pcl blogger Perak...hee

boni kacak said...

selamat bersegmen bro :)

Leeza dayasari [santai leeza] said...

tak pernah sampai kelantan.

Ecah Shaimi said...

salam kenal PCB

org tanah merah jgk kow?ecah pon org tanah merah jgk..

sudi2 tuk singgah n follow belog ecah..ngeeeeeeeee

http://violetungupurple89.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Salam perkenalan. Saya asal dari Selangor. :)

deno said...

hai PCB.. deno dtg dari segmen yg sama.. deno blogger terengganu.. :)

keri ikhwan said...

singgah dari bumi Kelate :)

http://ilusi-fantasidunia.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

Cik Aichrah said...

Singgah dari Kelantan ;)
Done follow awk :)
Jom singgah back :D

http://aichrah.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

Vee Lea said...

Hello :) Jenguk sini dari segment yang sama. Segment dah lama berlalu, tapi seronok jugak blogwalking through segment yang lama. Hehee. Nak tau sy blogger dari mana? Singgah ler ;) Tu pun kalau sudi. Wawawa.. Slm perkenalan :)

http://vaneelea.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html