PENGUMUMAN

1) KEPUTUSAN PERADUAN ULANGTAHUN KE 4 BLOG PCB TELAH DIUMUMKAN PADA 24 FEBRUARI 2014. TAHNIAH PADA PEMENANG!!


2) NANTIKAN PRODUK TERBARU DI BLOG PCB YANG BAKAL MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA!!

Tuesday, April 30, 2013

MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM KE 2 EPISOD 7



Selepas enam episod berlalu, kini Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke 2 memasuki episod 7. Pada episod ini, selebriti akan menghadapi Cabaran Sajian Luar buat kali ke 2. Seperti dalam entri lepas, mereka semua sudah dibahagikan kepada kumpulan Merah dan kumpulan Biru.


Kumpulan Merah dianggotai oleh Kenchana Dewi (ketua), Aznil Haji Nawawi, Afiq Muiz, Enot, Norish Karman, Celina, Radhi dan Sathia. Manakala kumpulan Biru diketuai oleh Syura (Ketua), Syanie, Lydiawati, Cat Farish, Michael Ang, Rozita Che Wan, Sharifah Shahora dan Sabhi Sadhi.



Selebriti memulakan cabaran.



Lokasi cabaran pada minggu ini ialah di Pullman, Putrajaya. Tema Cabaran Sajian Luar pada kali ini ialah Cocktail Food/ Finger Food di mana saiz makanan adalah berbentuk miniature atau small portion. Apa yang menjadi cabaran untuk peserta kali ini ialah pantri berada di sebelah atas dan dapur berada di sebelah bawah. Mereka terpaksa menggunakan tangga untuk mengambil makanan. Stamina sangat diperlukan dalam cabaran kali ini.



Mereka diberikan 3 jam 30 minit untuk menyiapkan 5 hidangan kepada tetamu yang hadir. Jom kita lihat menu yang mereka sediakan.



 Hidangan kumpulan Biru : Air Fruit Punch, Cendawan Bakar, Kastard Puding dengan Sos Carnation, Kek Shanghai, Sotong Sumbat dan Sweet Chicken Herbs.



Hidangan kumpulan Merah



Alangkah terkejutnya para selebriti apabila tetma yang hadir kesemuanya membawa kereta Ferrari. Sudah pasti mereka adalah golongan elit dan mempunyai high taste dalam pemakanan. Such a big challenge!!



Kehadiran tetamu



Tetamu yang hadir merasai makanan daripada kedua-dua kumpulan dan mereka yang akan menentukan kumpulan manakah yang akan menang. Berdebar bukan =D. Setelah selesai menjamu selera, masa untuk mengundi dilakukan. Dan pemenang untuk Sajian Cabaran Luar kali ini dimenangi oleh Kumpulan BIRU!!






Tahniah diucapkan kepada Syura dan rakan-rakan. kepada kumpulan MERAH jangan berputus asa. Episod seterusnya akan menyaksikan pusingan penyingkiran bagi Kumpulan MERAH. Nantikan esok!!


Sumber gambar: FB MasterChef Malaysia .

Episod MasterChef Malaysia sebelum ini.

Episod 6, Episod 5, Episod 4 & 3, Episod 2 & 1 .


p/s Chef Joe kelihatan lebih ceria selepas Zain terkeluar =D

3 comments :

Lydia Miza said...

Nampak meriah... Err isu zain makin hangat dibualkan

J.Syazwana said...

aku pernah tengok sekali je dulu2 mase yang orang biasa masuk bertanding. yang selebriti tak pernah tengok tapi ari tu ade org share video pasal zain. memang sakit hati. haha

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Kumpulan Biru menang !! :D