Saturday, May 25, 2013

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN SAIFUL BUKHARI DAN NIK SURYANI



Tepat pukul 3.30 petang berlangsung majlis perkahwinan Saiful Bukhari Azlan dan Nik Suryani Megat Deraman, yang juga merupakan personaliti TV3. Akad nikah telah diadakan di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu dengan sekali lafaz sahaja. Pasangan pengantin dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Megat Deraman Megat Stan.



Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101. Saiful Bukhari Azlan tampil bergaya dengan baju melayu serba putih. Nik Suryani juga tampil jelita dengan busana sedondon tajaan pereka fesyen terkenal Zang Toi.



Di bawah ini adalah gambar sekitar majlis perkahwinan Saiful Bukhari Azlan dan Nik Suryani.



Nik Suryani menerima mas kahwin daripada Saiful Bukhari



 
Nik Suryani mencium tangan Saiful Bukhari


sumber gambar ( http://bit.ly/11haSq2 )



Majlis persandingan dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam jam 8.30 malam, manakala majlis di pihak lelaki akan diadakan pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur. Pasangan ini telah bertunang pada 28 Oktober tahun lalu.



Semoga kedua-dua pasangan bahagia dan diharapkan dengan perkahwinan ini tiada lagi timbul isu panas sebelum ini.





sumber:MstarOnline


p/s Selamat bercuti .

3 comments :

Izzuddin Fauzi said...

Kawin jugak mamat nie... Aisshhh...

hafiz hafizol said...

semoga Kak Nik tu jd seorg tabah.. n kuat emosi .. :)

Anonymous said...

dalam memperjuangkan kebenaran,bkn semua org membenci dan menyumpah seranah saiful..see; laku juga dia ni,at least org yg nak kt dia, pun di kalangan org media, agak berpelajaran juga, Allah sentiasa bersama org yg benar..