PENGUMUMAN

1) KEPUTUSAN PERADUAN ULANGTAHUN KE 4 BLOG PCB TELAH DIUMUMKAN PADA 24 FEBRUARI 2014. TAHNIAH PADA PEMENANG!!


2) NANTIKAN PRODUK TERBARU DI BLOG PCB YANG BAKAL MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA!!

Monday, May 20, 2013

LYDIAWATI PENGSAN | EPISOD 19 MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM 2



Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2 telah memasuki episod 19. Lydiawati pengsan kerana mengalami kekurangan oksigen. Baca penuh cerita di bawah.



PCB belum pernah miss untuk review semua episod Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2. Semua ini untuk para pembaca melihat sendiri perjalanan rancangan Masterchef Malaysia untuk musim kedua ini.



Enot terselamat pada episod yang lepas dan menjadikan kesemua selebriti yang tinggal bagi meneruskan perjuangan adalah 12 orang. Untuk episod 19, selebriti akan dibahagikan seperti biasa kepada dua kumpulan iaitu Merah dan Biru bagi Cabaran Sajian Luar. Disebabkan Michael Ang menjuarai episod yang lalu, dia diberi peluang untuk memilih warna dan ketua bagi pasukan lawan.




Michael Ang memilih warna biru untuk kumpulannya dan memilih Kenchana sebagai ketua pasukan lawan iaitu kumpulan Merah. bagi selebriti yang lain, mereka perlu merebut penutup yang akan menetukan mereka kumpulan mana.




Kumpulan Merah - Kenchana (Ketua), Sabhi Sadhi, Rozita Che Wan, Syura, Celina dan Lydiawati



Kumpulan Biru - Michae Ang (Ketua), Syanie, Enot, Sharifah Shahora, Radhi dan Cat Farish.



TEMA : MINUM PETANG

Dalam masa 3 jam, mereka perlu menyediakan hidangan minum petang untuk 80 orang tetamu.





Lydiawati dikejarkan ke hospital



Cuaca mungkin agak panas. Lydiawati kelihatan semakin lemah dan tiba-tiba pengsan kerana kekurangan oksigen. Paramedik datang memberi rawatan dan Lydiawati terpaksa dikerjakan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Diharapkan agar pihak Astro selepas ini mengambil pengajaran dan cuba mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tak diingini berulang lagi.



3 jam berlalu dan akhirnya mereka berjaya menyiapkan hidangan minum petang mereka.



Hidangan Kumpulan Biru


Hidangan Kumpulan Merah



Keputusan sangat sengit apabila hanya 2 mata membezakan kumpulan yang menang dengan kumpulan yang kalah. Nantikan episod seterusnya. Siapa pilihan anda untuk menang? Merah atau Biru?


1 comment :

AUC said...

bila boleh tau keputusan ni yek...