Wednesday, May 29, 2013

SHARIFAH SHAHORA TERSINGKIR | MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 EPISOD 24



Sharifah Shahora tersingkir dalam Masterchef Selebriti Malaysia Episod 24. Penyingkiran Sharifah Shahora menjadikan 9 peserta sahaja yang tinggal untuk meneruskan gelanggang Masterchef Selebriti Malaysia 2. Semalam telah diumumkan pasukan merah telah menjuarai Cabaran Sajian Luar ketika episod yang ke 23.




Oleh itu, pasukan Biru terpaksa menghadapi pusingan penyingkiran. Namun begitu, di antara lima ahli kumpulan Biru, hanya 4 sahaja yang akan layak ke pusingan penyingkiran. Untuk cabaran pertama, mereka dikehendaki memotong kentang berbentuk dadu dan lobak dengan potongan julian. Peserta yang memenangi cabaran ini adalah Syanie dan terselamat dari pusingan penyingkiran dan yang akan ke pusingan penyingkiran adalah Syura, Michael Ang, Sharifah Shahora dan Enot.



Tema masakan hari ini untuk pusingan penyingkiran adalah vegetarian .



Antara hidangan yang mereka sediakan



 Begedil (Enot)

 Michael Ang

 Pasta (Sharifah Shahora)

Cendawan Bakar (Syura)



Keputusannya adalah Sharifah Shahora tersingkir. Beliau telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM6,000 kepada Alzheimer's Disease Foundation of Malaysia (ADFM). Tahniah diucapkan!!



p/s ramai tak puas hati dengan Michael Ang =P

9 comments :

hafiz hafizol said...

baguslah ko update.... Rumah aku dah la x leh tgk hehehe

ArELeEz said...

alhamdulillah.. dpt gak dia m'derma sebnyk 6k utk badan kebajikan yg dia wakili.

Mak Lagenda said...

wlupun sahora x pandai mana memasak but kira terbaik diantara terbaik dah tu!

whitecappuccino said...

anak2 selalu layan masterchef ni.

Aku Penghibur said...

oohh dia ke terkeluar, terlepas tgk masterchef

suri said...

cinta tak dpt tgok rasanya balik umh mak metua baru ada pelung nak tgok.huhuhu..

-gedek! said...

Sekali pon uncle tak sempat tengok rancangan ni... sedih!

fyna said...

err.. tak pernah tengok. rumah fyna takde astro. huhuhu.. thanks for info.

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Dah sampai masa untuk dia keluar. Dia kira okay lah jugak dalam Masterchef ni. Tapi mulut je yang tak okay. Hehe.