Sunday, June 2, 2013

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN IZZUE ISLAM DAN AWIN NURIN



Tepat jam 9.45 pagi tadi berlangsungnya majlis perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin di Dewan Shah Alam. Pelakon yang popular dalam Drama Sebenarnya Aku Isteri dia mengahwini Awin Nurin yang juga merupaka Personal Assistant (PA) nya. Mereka berdua diakad nikahkan oleh bapa Awin Nurin sendiri iaitu Waharudin bin Jonit. Dengan sekali lafaz, mereka berdua sudah sah bergelar suami isteri.



Mas kahwin yang diberikan adalah 11 dinar dan wang hantaran ang diberikan pula adalah RM11,111.11.Pihak lelaki memberikan 7 dulang hantaran kepada pihak perempuan. Manakal pihak lelaki menerima 9 dulang hantaran daripada pihak wanita. Majlis perkahwinan kedua mempelai ini turut disaksikan oleh pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat.



Majlis persandingan Izzue Islam dan Awin Nurin akan diadakan di dewan yang sama berkonsepkan ‘indoor garden’, tepat pukul 1 tengah hari ini. Menariknya, persalinan pengantin untuk majlis potong kek telah ditaja sepenuhnya oleh pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat.

Di bawah ini adalah antara gambar Majlis Perkahwinan Izzue Islam. Kredit OhBulan .




sumber: rotikaya .








Nantikan lebih banyak gambar yang akan diupdate nanti =D

6 comments :

Hanih Borhan said...

Selamat sudah alhamdulillah... Harap b'kekalan ke anak cucu insyaAllah... Senang PA sendiri jadi bini...haha...

whitecappuccino said...

tahniah buat mereka

BUNDA a.k.a KN said...

Alhamdulillah, moga kekal hingga ke jannah

Leeza dayasari [santai leeza] said...

tahniah... moga kekal bahagian sepanjang masa.

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Tahniah Izzue Islam dan pasangan. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. :)

||aLeaSaRa|| said...

lepas ni kan drama kat tv3 tu bertukar tajuk.."sebenarnya AWIN isteri dia" ngeee...