PENGUMUMAN

1) KEPUTUSAN PERADUAN ULANGTAHUN KE 4 BLOG PCB TELAH DIUMUMKAN PADA 24 FEBRUARI 2014. TAHNIAH PADA PEMENANG!!


2) NANTIKAN PRODUK TERBARU DI BLOG PCB YANG BAKAL MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA!!

Saturday, June 29, 2013

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN YAM TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI



Majlis Perkahwinan puteri Bongsu Sultan Ismail Petra atau adinda kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V iaitu YAM Tengku Amalin Aishah Putri selamat dilangsungkan dengan anak saudara Sultan Brunei, YAM Pengiran Muda Abdul Qawi.


Majlis persandingan pasangan diraja ini akan diadakan pada hari ini dan malam tadi, kedua pengantin diraja itu telah selamat diijabkabulkan pada jam 8.45 malam. Pasangan pengantin juga akan menghadiri majlis istiadat bersanding di Balai Penghadapan Bukit Kayangan Brunei pada 6 Julai dan pada 7 Julai akan diadakan majlis istiadat doa kesyukuran.


YAM Tengku Amalin Aishah pernah menjadi graduan kelas pertama dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan pernah bekerja sebagai seorang majistret di Mahkamah Kota Bharu dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. YAM Tengku Aishah turut melanjutkan pelajaran di Universiti of Melbourne, Australia dalam Sarjana Undang-Undang. Mereka dikatakan telah bertunang pada April yang lalu di Istana Negeri.


Di bawah ini adalah antara gambar majlis perkahwinan YAM Tengku Amalin Aishah Putri dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi.




Songket muda rekaan Radzuan Radzwill












p/s Tahniah buat YAM Tengku Amalin Aishah Putri dan suami =D

5 comments :

maza said...

perkhawinan diraja, mesti meriahkan dah lama dekat perak ni xde perkahwinan diraja..

Hafizul said...

Wahh seronok lah tengok..hehe

Aku Penghibur said...

tahniah :) sama cantik sama padan

aDisH.sHidA said...

waaaaaaaaaaah sama2 kerabat tu...semoga dorang kekal bahagia hingga ke syurga

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Tahniah ! Comel sangat ! :)