Sunday, June 2, 2013

LYDIAWATI TERSINGKIR | MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 EPISOD 25 & 26



Lydiawati tersingkir untuk Episod ke 26. Masterchef Selebriti Malaysia 2 kini telah memasuk Episod 25 dan 26. Kita mulakan dengan episod 25 terlebih dahulu. Untuk episod 25 Masterchef Selebriti Malaysia 2, semua peserta menghadapi Peti Saji Misteri.


Untuk Peti Saji Misteri, bahan yang diberkan kali ini adalah rusuk kambing, markisa, kacang pistachio, serai dan cili. Peserta dikehendaki menyediakan hidangan mereka dalam masa 45 minit. Namun begitu, mereka hanya boleh mengambil 6 bahan sahaja daripada pantri.


Dan pemenang bagi Peti Saji Misteri adalah Michael Ang .


rusuk kambing serai



Untuk Ujian Cipta Rasa, mereka diberikan 9 penutup yang mengandungi jenis bahan dan 9 penutup lagi yang mengandungi cara masakan.Disebabkan kemenangan Michael Ang dalam Peti Saji Misteri, beliau diberi peluang untuk menukar jenis cara masakan dengan orang lain dan boleh memulakan untuk memasak 10 minit lebih awal berbanding peserta lain. 60 minit diberikan untuk para peserta menyediakan hidangan.


Akhirnya, pemenang bagi ujian cipta rasa adalah Syura.


hidangan Syura


4 peserta akan memasuki pusingan penyingkiran untuk episod seterusnya iaitu Lydiawati, Cat Farish, Enot dan Syanie. 


Untuk episod ke 26 adalah pusingan penyingkiran. Mereka diberikan 4 jenis telur yang dimasak dengan cara yang berlainan iaitu omelette, soft boiled, telur mata kerbau dan poached egg. Mereka hanya diberikan 4 biji telur sahaja untuk menyediakan 4 telur dengan cara masakan berlainan. Mencabar bukan, sekali tersilap pasti tak boleh ulanginya.





Dan keputusan bagi cabaran penyingkiran kali ini adalah Lydiawati tersingkir. Beliau telah dapat memberikan RM6,500 untuk Rumah HOPE. Setelah Lydiawati tersingkir, tinggal 8 peserta lagi yang akan tinggal. Untuk episod seterusnya, mereka akan menghadapi Cabaran Sajian Luar,


Kumpulan Merah - Syura (Ketua), Celina, Cat Farish, Che Ta

Kumpulan Biru - Syanie (Ketua), Kenchana, Michael Ang, Enot



Nantikan episod seterusnya.

5 comments :

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Kenapa bukan Enot yang keluar?? Em, kesian kat Lydiawati. :(

Leeza dayasari [santai leeza] said...

KAK LYDIAWATI SGT SGT CEKAL ORGNYA.

norzatul nabihah said...

hee, jarang tengok. best je tengok makanan tu. btw jom singgah blog bihah. =)

Ezad Skytech said...

ramai yg predict enot akan keluar...tup2...kak lydiawati yg keluar...huhu

uncle gedek said...

rusuk kambing serai tu boleh kenyang ke?