PENGUMUMAN

1) KEPUTUSAN PERADUAN ULANGTAHUN KE 4 BLOG PCB TELAH DIUMUMKAN PADA 24 FEBRUARI 2014. TAHNIAH PADA PEMENANG!!


2) NANTIKAN PRODUK TERBARU DI BLOG PCB YANG BAKAL MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA!!

Saturday, June 15, 2013

PROTON SAGA SV | HARGA SERENDAH RM33,438



PROTON  memperkenalkan Proton Saga SV (Super Value) dengan harga serendah RM33,438 sehingga RM36,888. Proton Saga SV diperkenalkan dalam menyahut cabaran kerajaan untuk memperkenalkan kereta mampu milik kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.



Model Proton Saga SV dijual dengan pengurangan sebanyak 12 peratus berbanding model Proton Saga sebelum ini.Varian Saga terbaru itu mula dipamerkan hari ini di Bilik Pameran Platinum PROTON di Mutiara Damansara.



Proton Saga SV ditawarkan dalam enam jenis warna iaitu Solid White, Elegant Brown, Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver dan Blue Rock. Tempahan boleh dilakukan mulai hari ini. Untuk model Saga SV 1.3 (M) dijual pada harga RM33,438 (solid) dan RM33,888 (metallic) manakala Saga SV 1.3 (A), RM36,438 (solid) dan RM36,888 (metallic).



Untuk berita penuh, boleh rujuk di sini .



Di bawah ini antara gambar Proton Saga SV.







sumber gambar : Paul Tan .



Apa komen anda mengenai kereta ini?

8 comments :

ArELeEz said...

nk beli keta.. nk beli keta.. tp, nk alza. tp, duit xde.. hu3.. achaner tuh..?

Fauzi Blues said...

keta ni la kot yg bini aku suruh aku beli utk aku guna pi keja...kesian tgk aku naik moto pi keja jejauh...syg jugak bini aku kat aku...hehe

fyna said...

beli, jangan tak beli.

eyriqazz said...

Ummm,proton..kena fikir 2-3 kali dulu...

Hafizul said...

Baguslah..rakyat yang pendapatan sederhana pun boleh merasai nikmat mempunyai kereta..hehe

Norfanil said...

huhuhu.. memang murah..
tapi erm.. bila piir asal proton..
kene mintak pandangan org lain.. tunggu org lain pakai lu..
xpun tkene tanya ayah yg lebih arif...
murah dah cun..tapi takot dalaman tak cun..

Umie Artoqiemie said...

proton? hokaloh haha

J. WY said...

dah pergi tengok tadi dekat proton.. mcm... hurmm.. entahlah... haha