PENGUMUMAN

1) KEPUTUSAN PERADUAN ULANGTAHUN KE 4 BLOG PCB TELAH DIUMUMKAN PADA 24 FEBRUARI 2014. TAHNIAH PADA PEMENANG!!


2) NANTIKAN PRODUK TERBARU DI BLOG PCB YANG BAKAL MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA!!

Monday, June 10, 2013

REVIEW FILEM PEE MAK | FILEM SERAM KOMEDI THAI


Filem Pee Mak adalah filem seram terbaik Thai yang pernah saya tengok. Kalau nak dikatakan seram, tak de lah seram mana. Kira seram yang ringan je. Tapi keunikan cerita ini yang menggabungkan babak seram dengan babak komedi dan cinta membuatkan filem ini mempunyai kekuatan yang tersendiri.





Jom tengok dulu trailer Filem Pee Mak.




Sinopsis Filem Pee Mak .

Semasa kebangkitan Dinasti Rattanakosin, kebanyakan lelaki Thailand dihantar untuk berperang. Pee Mak juga merupakan salah seorang daripada mereka dan terpaksa pergi berperang walaupun isterinya sedang sarat mengandung.


Semasa dalam peperangan. Pee Mak berkawan rapat dengan 4 orang askar yang lain. Selepas peperangan selesai, Mak menjemput rakan-rakannya untuk melawat kampungnya iaitu Phra Khanong. 


Apabila mereka sampai di Phra Khanong, Mak memperkenalkan isterinya yang cantik iaitu Nak dan bayinya, Dang kepada 4 rakannya. Rakan-rakan Pee Mak bersetuju untuk tinggal di rumah lama di sebelah rumah Pee Mak. Namun begitu, mereka sangat pelik apabila semua orang menjauhi Pee Mak apabila dia ke pasar di kampungnya. Rupa-rupanya isteri Pee Mak meninggal ketika ingin melahirkan Dang? Apakah yang akan terjadi kepada mereka? Perlu tengok Filem Pee Mak.



Review Filem Pee Mak

  • Sekiranya anda seorang yang takut hantu, tiada sebab untuk anda takut untuk menonton filem ini kerana terdapat babak komedi dalam dan cinta dalam filem ini. Pernah tengok manusia bercinta dengan hantu? Filem ini menunjukkan perasaan cinta seorang manusia dan hantu.
  • Sound effect sewaktu babak seram sengaja dilebih-lebihkan tetapi itu sudah menjadi trademark filem Thai yang sangat terkenal dalam babak seram.
  • Komedi yang tidak dibuat-buat tetapi komedi yang natural dan bersahaja. 
  • Rating untuk filem ini adalah 7/10
  • Tetapi kalau diberi rating untuk komedi, 12/10.. boleh? 


PCB memang cadangkan korang untuk menonton filem ini. Tidak rugi berbelanja untuk sesuatu yang berbaloi =D

6 comments :

titan said...

peh, ulasan lu buat gua rasa nak tengok sekarang gak. hoho..

Ezad Skytech said...

serius...sakit perut gelak tengok Pee Mak ni...movie seram ke komedi ni...tak seram sangat pun...banyak gelak je...heee

Farhana Khairunnisa said...

Saya dah tengok, memang lawak dan best. Rasa nak tengok berkali-kali.

J.Syazwana said...

wohooo macam best. aku teringin nak tengok KIL tp tak berkesempatan lagi.

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Best sangat ! Tak rugi pergi menonton di pawagam. :) 8/10. :D

missshoji said...

Thanks . Skg bru nak download. ^^